Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Masyrakat majumuk ini membentuk budaya yang menarik di Malaysia.Terdapat sambutan-sambutan perayaan yang menarik di negara kita, ayuh kita telusuri.
SEKALUNG TERIMA KASIH
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Miss Asyikin kerana memberi peluang kepada kami untuk mempelajari cara-cara membuat blog.Terima kasih atas jasa yang tak terhingga mendidik dan mengajar kami. Juga diucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menyiapkan dan membangunkan blog ini.Tidak dilupa buat sahabat yang melayari dan sudi membaca coretan-coretan kami.Terima kasih semua!
MUTIARA KATA
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga,Yang cantik itu budi,Yang indah itu bahasa. Sayangilah Malaysia Kita.
Krismas dirayakan oleh penganut agama Kristian pada setiap 25hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. Bungkusan hadiah-hadiah akan diletakkan di bawah pokok krismas dan akan dibuka pada hari tersebut.
Pada malam itu juga, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah ibu bapa mereka dalam suasana yang penuh kegembiraan. Kanak-kanak tidak digalakkan menghadiri upacara sembahyang pada sebelah malam, mereka sebaliknya disuruh tidur kerana mengikut kepercayaan semasa mereka tidur, Santa Claus akan datang membawa hadiah untuk anak-anak mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas, mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.
BLOG INI TELAH DI CORET OLEH PELAJAR-PELAJAR KOMUNIKASI MEDIA BARU UNIMAP SESI 2015/2016. ANTARA YANG MENJADI PENULIS ADALAH AMIN,AFIFAH,ANA,SYAFIKA, ZURA,FIT NISA, DAN HUSSIEN.
TENTANG BLOG
"BLOG KAMI MEMAPARKAN KECANTIKAN DAN KEINDAHAN PERAYAAN DI MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MAJMUK YANG BERBILANG KAUM DAN BANGSA"
0 comments:
Post a Comment