Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Masyrakat majumuk ini membentuk budaya yang menarik di Malaysia.Terdapat sambutan-sambutan perayaan yang menarik di negara kita, ayuh kita telusuri.
SEKALUNG TERIMA KASIH
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Miss Asyikin kerana memberi peluang kepada kami untuk mempelajari cara-cara membuat blog.Terima kasih atas jasa yang tak terhingga mendidik dan mengajar kami. Juga diucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menyiapkan dan membangunkan blog ini.Tidak dilupa buat sahabat yang melayari dan sudi membaca coretan-coretan kami.Terima kasih semua!
MUTIARA KATA
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga,Yang cantik itu budi,Yang indah itu bahasa. Sayangilah Malaysia Kita.
Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Perayaan akan bermula dengan tuai rumah membahagi-bahagikan tugas kepada penghuni rumah panjang. Kaum wanita pula akan menyediakan kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan. Minuman tuak merupakan sajian utama perayaan Hari Gawai.
Pada petang menjelang Hari Gawai bermula, upacara membuang sial dilakukan oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau mewakili penghuni rumah panjang berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam, upacara minum ‘air pengayu’ dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke ‘tiang pengingat’ iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang. halaman seterusnya: Hari Keamatan atau Pesta Tuai HOME
BLOG INI TELAH DI CORET OLEH PELAJAR-PELAJAR KOMUNIKASI MEDIA BARU UNIMAP SESI 2015/2016. ANTARA YANG MENJADI PENULIS ADALAH AMIN,AFIFAH,ANA,SYAFIKA, ZURA,FIT NISA, DAN HUSSIEN.
TENTANG BLOG
"BLOG KAMI MEMAPARKAN KECANTIKAN DAN KEINDAHAN PERAYAAN DI MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MAJMUK YANG BERBILANG KAUM DAN BANGSA"
0 comments:
Post a Comment