Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Masyrakat majumuk ini membentuk budaya yang menarik di Malaysia.Terdapat sambutan-sambutan perayaan yang menarik di negara kita, ayuh kita telusuri.
SEKALUNG TERIMA KASIH
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Miss Asyikin kerana memberi peluang kepada kami untuk mempelajari cara-cara membuat blog.Terima kasih atas jasa yang tak terhingga mendidik dan mengajar kami. Juga diucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menyiapkan dan membangunkan blog ini.Tidak dilupa buat sahabat yang melayari dan sudi membaca coretan-coretan kami.Terima kasih semua!
MUTIARA KATA
Yang kurik itu kendi,Yang merah itu saga,Yang cantik itu budi,Yang indah itu bahasa. Sayangilah Malaysia Kita.
Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya yang tersendiri.
Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Ang pau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh. HOME
BLOG INI TELAH DI CORET OLEH PELAJAR-PELAJAR KOMUNIKASI MEDIA BARU UNIMAP SESI 2015/2016. ANTARA YANG MENJADI PENULIS ADALAH AMIN,AFIFAH,ANA,SYAFIKA, ZURA,FIT NISA, DAN HUSSIEN.
TENTANG BLOG
"BLOG KAMI MEMAPARKAN KECANTIKAN DAN KEINDAHAN PERAYAAN DI MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MAJMUK YANG BERBILANG KAUM DAN BANGSA"
0 comments:
Post a Comment