- Berbentuk Perempuan
- Ada yang berbentuk perempuan dan ada juga yang berbentuk lelaki
- Seperti belalang atau serangga lain
- Seperti burung
- Seperti pusingan angin
Semangat Padi:
ialah satu kepercayaan bahawa padi itu dijaga oleh satu semangat atau roh. Secara amnya kepercayaan semangat padi adalah sebahagian daripada animismeiaitu kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat(roh). Pada konteks ini, penanaman padi merupakan suatu kerja yang melibatkan pelayanan dengan semangat padi. Perhubungan dengan semangat padi dilakukan dengan melalui bermacam-macam upacara dan dengan menggunakan bahasa jampi.
Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya. Kepercayaan ini terdapat meluas di kalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
Sifat-sifat Semangat Padi:
Sesuai dengan sifatnya sebagai semangat, jasmaniah semangat padi adalah samar-samar.Terdapat pelbagai pendapat mengenai bentuk semangat padi, diantaranya adalah seperti berikut:
Daripada pendapat-pendapat ini,bolehlah disimpulkan bahawa semangat padi tidak mempunyai suatu bentuk yang identik.Daripada pendapat-pendapat ini, bentuk yang dipunyai oleh semangat padi adalah dalam bentuk “jelmaan” selain daripada bentuk “maya” yang disepertikan sebagai “pusingan angin”.
Masyarkat atau suku kaum yang memuja semangat padi ialah:
Suku kaum Iban dan Bidayuh - Hari Gawai [klik pada pautan]
Suku kaum Kadazan Dusun - Hari Keamatan atau Pesta Tuai [klik pada pautan]
Home
KENALI PENULIS-PENULIS
BLOG INI TELAH DI CORET OLEH PELAJAR-PELAJAR KOMUNIKASI MEDIA BARU UNIMAP SESI 2015/2016. ANTARA YANG MENJADI PENULIS ADALAH AMIN,AFIFAH,ANA,SYAFIKA, ZURA,FIT NISA, DAN HUSSIEN.
TENTANG BLOG
"BLOG KAMI MEMAPARKAN KECANTIKAN DAN KEINDAHAN PERAYAAN DI MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MAJMUK YANG BERBILANG KAUM DAN BANGSA"
CAPAIAN BLOG
Powered by Blogger.
MALAYSIAKU SEHATI SEJIWA
Copyright ©
SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com
Hello....whats going on...what language is this??
ReplyDelete